Isnin, 18 Januari 2010

Betulkan ejaan! (1 )

Kesalahan mengeja dan penulisan perkataan dalam Bahasa Melayu seringkali dilakukan bukan sahaja oleh pelajar tetapi juga oleh masyarakat yang telah berkerjaya. Ini disebabkan sikap yang kurang mengambil berat akan kepentingan ejaan dan cara penulisan yang betul. Selain itu timbul keraguan dan kekeliruan untuk mengeja sesuatu perkataan seperti perkataan yang dipinjam dan penggunaan imbuhan . Ruangan ini memberi sedikit panduan untuk membetulkan kesalahan ejaan dan cara penulisan yang betul berpandukan risalah terbitan DBP.
Perkataan yang berhuruf condong dan berwarna hijau adalah betul .

1. 1800an = 1800-an
2. 50 an = 50-an
3. 75% dari kadar sebenar =75% daripada kadar sebenar
4. 80% daripada pengundi-pengundi = 80% daripada pengundi
5. acapkali = acap kali
6. ada pun = adapun
7. adakala = ada kala
8. adik beradik = adik-beradik
9. agreget = agregat
10. aked = arked
11. akitek = arkitek
12. aljebra = algebra / aljabar
13. ambil-alih = ambil alih
14. ampangan = empangan
15. anak beranak = anak-beranak
16. andai pun = andaipun
17. anggerek/ anggrik = anggerik
18. Antara maklumat-maklumat = antara maklumat
19. anti agama = antiagama
20. anti dadah = antidadah
21. anti Isreal = anti -Isreal
22. anti kapal selam = antikapal selam
23. anti komunis = antikomunis
24. anti lelaki = antilelaki
25. anti nuklear = antinuklear
26. anti perang antiperang = antiperang
27. anti periuk api = antiperiuk api
28. anti sosial = antisosial
29. anti-aparteid = antiaparteid
30. anti-dadah = antidadah
31. anti-jenayah = antijenayah
32. anti-kerajaan = antikerajaan
33. antiRusia = anti-Rusia
34. apa kala / apa-kala = apakala
35. apa tah = apatah
36. apa-bila = apabila
37. apa-tah = apatah
38. arithmetik = aritmetik
39. artifek = artifak
40. atlit = atlet
41. audien = audiens
42. automatif = automotif
43. awan gemawan = awan-gemawan
44. bagai mana pun = bagaimanapun
45. bah-kan = bahkan
46. baikpulih = baik pulih
47. bantu membantu = bantu-membantu
48. Banyak organisasi-organisasi = Banyak organisasi
49. banyak permis-permis = banyak permis
50. barang kali = barangkali
51. Barisan pelatih-pelatih = Barisan pelatih
52. baucer = baucar
53. Beberapa orang peminat-peminat = Beberapa orang peminat.
54. begitu pun = begitupun
55. beli belah = beli-belah
56. belumpun = belum pun
57. benci membenci = benci-membenci
58. berbagai = berbagai-bagai
59. Berbagai isu-isu = Berbagai-bagai isu
60. berbanyak terima kasih = berbanyak-banyak terima kasih
61. bergantung kepada... = bergantung pada ...
61. bermacam = bermacam-macam
62. bersesak = bersesak-sesak
63. bersyukor = bersyukur
64. bertungkus lumus = bertungkus-lumus
65. beserta = berserta
66. bharu/bahru = baharu / baru
67. biar pun = biarpun
68. bihun = mihun
69. bilangan pekerja-pekerja = bilangan pekerja
70. binte = binti
71. bistari = bestari
72. buffet = bufet
73. buroh = buruh
74. busjeket = busjaket
75. cahayamata = cahaya mata
76. calun = calon
77. campurtangan = campur tangan
78. catitan = catatan
79. cendera mata = cenderamata
80. cendikiawan = cerdekiawan
81. cocok /tusuk = cucuk
82. cokelat = coklat
83. cop / tera = cap
84. cucuk ( sesuai ) = cocok
85. dahulukala = dahulu kala
86. dailog = dialog
87. dalam kawasan = di dalam kawasan
88. dari Tuan Haji Jamaluddin = daripada Tuan Haji Jamaluddin
89. deligasi = delegasi
90. demi untuk = demi / untuk
91. depoh = depot
92. deraf = draf
93. Deretan kedai-kedai = deretan kedai
94. di alaf = pada alaf
95. di berikan = diberikan
96. di beri = diberi
97. di daftarkan = didaftarkan
98. di dalam usaha = dalam usaha
99. di hempap = dihempap
100. di jangka ( masa ) = dijangka

Ahad, 17 Januari 2010

FAHAM PERIBAHASA (1)

1. Angkat mata :- menentang sesuatu tindakan.
2. Berbantal lengan :- Kehidupan yang terlalu miskin.
3. Berbalik gagang :- Berpihak kepada musuh.
4. Bulan kesiangfan :- Berwajah pucat.
5. Cacing gila :- Meronta-ronta.
6. Cepat lidah :- Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.
7. Dapat berpihak :- Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.
8. Gelegar buluh : Bercakap besar tetapi kosong.
9. Gunung payung :- Orang kesayangan.
10. Hentam kromo :-Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.
11. Jadi umang-umang :-Suka menggunakan hak orang lain.
12. Kambing hitam :- Orang yang dipersalahkan.
13. Ketawa raja :- Ketawa tetapi dalam kesedihan.
14. Langit hijau :- Sangat jauh.
15. Lidah panjang :- Suka menghasut.
16. Bacar mulut :- Orang yang suka berkata-kata dengan lancang ( biadab ).
17. Ayam pemikat :- Orang yang dijadikan umpan untuk melakukan hajat orang lain.
18.Harimau berantai : Seseorang yang paling handal dalam sesuatu pasukan atau
kumpulan.
19. Ketam batu / tangkai jering / Genggam tak tiris :- Orang yang sangat kedekut.
20. Lidah biawak : Cakap yang berubah-ubah dan tidak menepati janji.
21 Lintah darat :- Orang yang memberi pinjaman wang dengan mengenakan bunga yang
terlampau tinggi.
22.Loyar buruk :-Orang yang pandai temberang atau memutarbelitkan percakapannya.
23. Makan suap :- Menerima wang , barang atau sebarang pemberian secara haram yang
dilarang oleh undang-undang . / Menerima rasuah .
24. Mulut tempayan :- Orang yang tidak boleh menyimpan rahsia.
25. Pasang kaki :- Mengupah seseorang untuk mengintip atau memerhatikan sesuatu
perkara atau rahsia.
26. Senyum kucing :- senyum yang mengandungi sesuatu muslihat.
27. Senyum raja :- senyum yang terbit dari rasa sombong atau megah.
28. Tahi minyak :- Orang yang sangat cerewet.
29. Tak kering gusi :- Sentiasa ketawa kerana sesuatu sebab yang sangat mengelikan hati.
30. Bidan terjun :- Seseorang yeng terpaksa membuat sesuatu kerja secara mengejut
kerana ketiadaan orang yang sepatutnya melakukan kerja tersebut.
31. Dapat terpijak :- Seseorang yang mendapat sesuatu dengan tidak payah berusaha.
32. Lidah pendita :- Kata-kata hikmat dari orang bijaksana yang mengandungi pengertian
yang tinggi untuk digunakan sebagai panduan hidup.
33. Pak Pandir :- Seseorang yang lurus dan bodoh .
34. Pulang paku buah keras :- Memulangkan balik kata-kata atau sindiran yang ditujukan
kepadanya dahulu kepada orang yang menyindirnya .
35. Tangkap muat :- Memilih mana yang sempat atau mana yang ada sahaja.
36. Atas pagar :-Orang yang bersikap berkecuali atau tidak berpihak kepada mana pihak
yang bermusuhan/ berselisih faham.
37. Bangkai bernyawa : - Orang yang terlalu kurus.
38. Jiwa hamba :- Orang yang tidak kuat cita-citanya, selalu lemah, tidak percaya pada
kebolehan diri sendiri dan selalu mengharapkan pertolongan orang lain untuk
melaksanakan sesuatu perkara.
39. Kebudayaan kuning : Pengaruh, fahaman seni atau cara hidup orang Barat yang
merosakkan akhlak yang tidak bersesuaian dengan cara hidup masyarakat Timur.
40. Mabuk cendawan:- Keadaan seseorang yang mabuk asmara atau berahi terhadap
seseorang wanita sehingga fikirannya terganggu.



Sabtu, 16 Januari 2010

Tips penyampaian isi karangan yang berkesan

Selain berupaya mengemukakan isi yang tepat, kaedah penyampaian isi karangan juga perlu dikuasai pelajar untuk menghasilkan karangan yang bermutu. Penjelasan tentang sesuatu isi seharusnya dapat memberikan pemahaman kepada pembaca khususnya pemeriksa yang kita andaikan tidak mengetahui apa-apa tentang perkara yang ditulis sebelum membaca karangan yang kita tulis. Berikut tips untuk menyampaikan isi karangan dengan berkesan dan menarik.

Ayat 1- nyatakan isi

Ayat 2- jelaskan sebab anda berpendapat demikian / atau ikuti pernyataan tips berikut:



Jawab soalan __ tentang APA,BILA, SIAPA, BAGAIMANA dan MENGAPA. Selitkan maklumat sokongan atau bukti samada berupa contoh,statistik,peribahasa,cogan kata atau pendapat tokoh yang berwibawa.

Terdapat dua perkara yang memungkinkan perkara maklumat sokongan tersebut tidak tersurat dalam karangan pelajar iaitu :-

1. Ketiadaan maklumat untuk ditulis disebabkan kurang usaha untuk mencarinya iaitu kurang membaca . Akibatnya pengetahuan tentang isu yang hendak disampaikan tidak banyak atau luas.

2. Ada sesetengah pelajar pula memiliki maklumat tersebut tetapi gagal mengemukakan idea tersebut dalam penulisan karangan kerana kurangnya penekanan tentang perkara tersebut semasa membuat latihan menulis. Oleh itu adalah sangat penting panduan yang baik itu dijadikan kebiasaan, seperti kata pepatah Melayu, alah biasa tegal biasa.

Jika pelajar dapat mengikuti kaedah ini dan memanfaatkannya dalam penulisan karangan tentu sekali pelajar dapat menghuraikan isi dengan tepat, mantap dan menarik. Pelajar berkenaan tidak akan menghuraikan karangannya secara meleret-leret kerana mereka mengetahui batasannya.

Teknik mengarang yang berkesan

Karangan yang menarik mestilah mengandungi perenggan iaitu pendahuluan, isi dan penutup.
Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran tentang perbincangan keseluruhan karangan. Terdapat pelbagai cara menulis pendahuluan karangan yang berkesan. Contohnya:-
1. Memberikan definisi tentang fokus tajuk.
2. Menggunakan peribahasa.
3. Jadikan isu suatu persoalan.
4. Gunakan pendapat seseorang tokoh yang berkaitan isu.
5. Fokus isu semasa .
6. Gunakan statistik . ( pastikan betul )
7. Imbau sejarah yang berkaitan isu.
8. Gunakan lirik lagu seperti lagu patriotik yang bersesuaian.

bina keyakinan diri

keyakinan diri amat penting bagi setiap individu agar dapat mencapai matlamat hidup dalam keadaan tenang, tabah dan bermotivasi. Ramai individu gagal mencapai menyerlah dan terlepas peluang kerana kurang keyakinan diri. Mereka yang demikian seringkali menafikan keupayaan diri sendiri tanpa mencuba mencabar diri sendiri. Ada juga yang sememangnya suka bersantai sehingga kehidupan menjadi mereka hambar. Jika ketidakyakinan diri dibiarkan berterusan ada kemungkinan diri akan dipinggirkan kerana ketidakupayaan mengeluarkan idea walaupun idea tersebut mungkin bernas. Seseorang pelajar yang kurang keyakinan diri sering mengelak apabila diberi tugasan dengan pelbagai alasan . Alasan paling senyap ialah ponteng sahaja dari sekolah. Hakikatnya mereka tidak mencuba kerana melabelkan diri sendiri sebagai tidak pandai.
Secara umum terdapat pelbagai tips yang boleh membantu individu membina atau menambah keyakinan diri . Saya paparkan sebahagian darinya:-
1. Ubah cara anda menilai diri sendiri.
2. Berbuat baik terhadap diri sendiri.
3. Sayangi diri atau badan anda. Jangan sakiti dengan perkara tidak berfaedah.
4. Rangsang minda anda dengan bersedia memberikan idea dan memikirkan idea orang lain.
5. Belajarlah bertenang jika menghadapi sebarang musibah. Berfikir positif walaupun sangat
menyakitkan.
6. Rangka strategi perlindungan diri. Berdikari menghadapi saat genting.
7. Baiki penampilan diri. Jangan selekeh.
6. Awasi ungkapan bahasa badan .
7. Sentiasa bersedia.
8. Hadapi risiko. Jangan lari dari masalah.
9. Pastikan hak anda. Dapatkan yang terbaik untuk diri sendiri.
10. Kuasai rasa malu tidak bertempat.
11. Kawal perasaan.Jangan terlalu perasaan sehingga memalukan diri sendiri.
12Rancang masa sebaik mungkin.
13. Terima teguran walaupun anda kurang senang. Be rasional.
14. Hargai pujian orang dan pujilah orang lain dengan cara yang ikhlas.
15. Hargai hubungan dengan kawan-kawan.

Golongan berkeyakinan tidak semestinya disukai orang tetapi belajar untuk memperbaiki hubungan ada faedahnya. Golongan ini sentiasa memandang positif pada kehidupan dan musibah yang menimpa. Tidak mudah berputus asa dan sentiasa memikirkan rencana terbaik bagi memperbaiki kelemahan diri. Semoga anda berjaya memantapkan keyakinan diri sendiri.