Isnin, 18 Januari 2010

Betulkan ejaan! (1 )

Kesalahan mengeja dan penulisan perkataan dalam Bahasa Melayu seringkali dilakukan bukan sahaja oleh pelajar tetapi juga oleh masyarakat yang telah berkerjaya. Ini disebabkan sikap yang kurang mengambil berat akan kepentingan ejaan dan cara penulisan yang betul. Selain itu timbul keraguan dan kekeliruan untuk mengeja sesuatu perkataan seperti perkataan yang dipinjam dan penggunaan imbuhan . Ruangan ini memberi sedikit panduan untuk membetulkan kesalahan ejaan dan cara penulisan yang betul berpandukan risalah terbitan DBP.
Perkataan yang berhuruf condong dan berwarna hijau adalah betul .

1. 1800an = 1800-an
2. 50 an = 50-an
3. 75% dari kadar sebenar =75% daripada kadar sebenar
4. 80% daripada pengundi-pengundi = 80% daripada pengundi
5. acapkali = acap kali
6. ada pun = adapun
7. adakala = ada kala
8. adik beradik = adik-beradik
9. agreget = agregat
10. aked = arked
11. akitek = arkitek
12. aljebra = algebra / aljabar
13. ambil-alih = ambil alih
14. ampangan = empangan
15. anak beranak = anak-beranak
16. andai pun = andaipun
17. anggerek/ anggrik = anggerik
18. Antara maklumat-maklumat = antara maklumat
19. anti agama = antiagama
20. anti dadah = antidadah
21. anti Isreal = anti -Isreal
22. anti kapal selam = antikapal selam
23. anti komunis = antikomunis
24. anti lelaki = antilelaki
25. anti nuklear = antinuklear
26. anti perang antiperang = antiperang
27. anti periuk api = antiperiuk api
28. anti sosial = antisosial
29. anti-aparteid = antiaparteid
30. anti-dadah = antidadah
31. anti-jenayah = antijenayah
32. anti-kerajaan = antikerajaan
33. antiRusia = anti-Rusia
34. apa kala / apa-kala = apakala
35. apa tah = apatah
36. apa-bila = apabila
37. apa-tah = apatah
38. arithmetik = aritmetik
39. artifek = artifak
40. atlit = atlet
41. audien = audiens
42. automatif = automotif
43. awan gemawan = awan-gemawan
44. bagai mana pun = bagaimanapun
45. bah-kan = bahkan
46. baikpulih = baik pulih
47. bantu membantu = bantu-membantu
48. Banyak organisasi-organisasi = Banyak organisasi
49. banyak permis-permis = banyak permis
50. barang kali = barangkali
51. Barisan pelatih-pelatih = Barisan pelatih
52. baucer = baucar
53. Beberapa orang peminat-peminat = Beberapa orang peminat.
54. begitu pun = begitupun
55. beli belah = beli-belah
56. belumpun = belum pun
57. benci membenci = benci-membenci
58. berbagai = berbagai-bagai
59. Berbagai isu-isu = Berbagai-bagai isu
60. berbanyak terima kasih = berbanyak-banyak terima kasih
61. bergantung kepada... = bergantung pada ...
61. bermacam = bermacam-macam
62. bersesak = bersesak-sesak
63. bersyukor = bersyukur
64. bertungkus lumus = bertungkus-lumus
65. beserta = berserta
66. bharu/bahru = baharu / baru
67. biar pun = biarpun
68. bihun = mihun
69. bilangan pekerja-pekerja = bilangan pekerja
70. binte = binti
71. bistari = bestari
72. buffet = bufet
73. buroh = buruh
74. busjeket = busjaket
75. cahayamata = cahaya mata
76. calun = calon
77. campurtangan = campur tangan
78. catitan = catatan
79. cendera mata = cenderamata
80. cendikiawan = cerdekiawan
81. cocok /tusuk = cucuk
82. cokelat = coklat
83. cop / tera = cap
84. cucuk ( sesuai ) = cocok
85. dahulukala = dahulu kala
86. dailog = dialog
87. dalam kawasan = di dalam kawasan
88. dari Tuan Haji Jamaluddin = daripada Tuan Haji Jamaluddin
89. deligasi = delegasi
90. demi untuk = demi / untuk
91. depoh = depot
92. deraf = draf
93. Deretan kedai-kedai = deretan kedai
94. di alaf = pada alaf
95. di berikan = diberikan
96. di beri = diberi
97. di daftarkan = didaftarkan
98. di dalam usaha = dalam usaha
99. di hempap = dihempap
100. di jangka ( masa ) = dijangka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan