Sabtu, 16 Januari 2010

Tips penyampaian isi karangan yang berkesan

Selain berupaya mengemukakan isi yang tepat, kaedah penyampaian isi karangan juga perlu dikuasai pelajar untuk menghasilkan karangan yang bermutu. Penjelasan tentang sesuatu isi seharusnya dapat memberikan pemahaman kepada pembaca khususnya pemeriksa yang kita andaikan tidak mengetahui apa-apa tentang perkara yang ditulis sebelum membaca karangan yang kita tulis. Berikut tips untuk menyampaikan isi karangan dengan berkesan dan menarik.

Ayat 1- nyatakan isi

Ayat 2- jelaskan sebab anda berpendapat demikian / atau ikuti pernyataan tips berikut:



Jawab soalan __ tentang APA,BILA, SIAPA, BAGAIMANA dan MENGAPA. Selitkan maklumat sokongan atau bukti samada berupa contoh,statistik,peribahasa,cogan kata atau pendapat tokoh yang berwibawa.

Terdapat dua perkara yang memungkinkan perkara maklumat sokongan tersebut tidak tersurat dalam karangan pelajar iaitu :-

1. Ketiadaan maklumat untuk ditulis disebabkan kurang usaha untuk mencarinya iaitu kurang membaca . Akibatnya pengetahuan tentang isu yang hendak disampaikan tidak banyak atau luas.

2. Ada sesetengah pelajar pula memiliki maklumat tersebut tetapi gagal mengemukakan idea tersebut dalam penulisan karangan kerana kurangnya penekanan tentang perkara tersebut semasa membuat latihan menulis. Oleh itu adalah sangat penting panduan yang baik itu dijadikan kebiasaan, seperti kata pepatah Melayu, alah biasa tegal biasa.

Jika pelajar dapat mengikuti kaedah ini dan memanfaatkannya dalam penulisan karangan tentu sekali pelajar dapat menghuraikan isi dengan tepat, mantap dan menarik. Pelajar berkenaan tidak akan menghuraikan karangannya secara meleret-leret kerana mereka mengetahui batasannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan